Sumbangan RM50k untuk Kembali Ke Sekolah

    - Advertisement -

    SHAH ALAM: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor telah mengadakan program tradisi tahunan ‘Kembali Ke Sekolah 2020’ yang dilangsungkan di Mydin Mart, Suria Jaya Mall, Padang Jawa, di sini kelmarin.

    - Advertisement -

    Program ini mendapat kerjasama dari NGO Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor yang telah mengumpulkan dana berjumlah RM50,000 bersama NGO lain iaitu Sinergi Hartanah, MediCom, BAKIT, PAPISMA, Nisa’ dan Peka.

    Ianya bertujuan menyalurkan bantuan kebajikan berupa keperluan persekolahan kepada anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan agar dapat mengurangkan beban mereka memasuki sesi baharu persekolahan Januari depan.

    Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Selangor, Mohamad Jan Sulong berkata, peranan dilaksanakan NGO terbabit selaras dengan keperluan rakyat yang terhimpit oleh kos sara hidup dan keperitan ekonomi.

    Pun begitu beliau menyeru supaya lebih ramai individu berkemampuan dan pihak korporat tampil bersama melakukan kerja amal kebajikan seperti ini untuk membantu golongan memerlukan terutama dalam kalangan asnaf.

    Pengarah Program, Mohd Yusoff Mohd Nor berharap semua 200 penerima daripada golongan B40, ibu tunggal dan anak yatim yang diberikan sumbangan telah mendapat manfaat sebagaimana dihasratkan. – HARAKAHDAILY 16/12/2019

    - Advertisement -