Perlis buka pintu untuk SPRM ‘25 jam’ sehari

    OLYMPUS DIGITAL CAMERA
    - Advertisement -

    KANGAR: PAS menyambut baik cadangan empat Adun yang menggesa Kerajaan Perlis menerima cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menempatkan pegawai di Pejabat Menteri Besar.

    - Advertisement -

    Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, prinsip PAS selagi mana ada kebaikan sesuatu perkara kita akan menyokong.

    Bagaimanapun katanya ia perlu menilai perkara tersebut sebelum dilaksanakan.

    “Lihat saja contoh pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis yang sentiasa membuka pintu ‘25 jam’ sehari untuk SPRM untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada persidangan Dun hari ini.

    Bagaimanapun Adun pembangkang dari Sena, Asrul Nizan Abd Jalil mentularkan berita seolah-olah PAS tidak menyokong perkara baik.

    Sebelum itu, empat Adun iaitu Asrul Nizan Abd Jalil (PKR-Sena), Gang Ay Ling (PKR-Indra Kayangan), Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis) dan Dato’ Ismail Kasim (Bebas-Tambun Tulang) mahu SPRM ditempatkan di Pejabat Menteri Besar. – HARAKAHDAILY 12/12/2019

    - Advertisement -