PASTI Tapah semakin diterima, tambah Cawangan

- Advertisement -

TAPAH: Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Syakirin Cawangan Kampung Tanjung Keramat telah dilangsungkan di Dewan PASTI Syakirin, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Pengerusi SRITI At-Taqwa, Ustaz Ahmad Nizam Mohd Daud telah merasmikan majlis tersebut dengan sambutan yang cukup meriah.

Dalam ucapannya beliau menitik-beratkan dan menyarankan kepentingan membaca dan menuntut ilmu sehingga ke liang lahad kepada semua golongan.

Hal tersebut kemuka beliau, bersesuaian dengan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasullullah dalam surah Al-Alaq.

Katanya, orang yang menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga sebagaimana hadis pernah disabdakan Rasulullah.

Beliau juga memaklumkan sehingga kini terdapat tujuh PASTI yang telah beroperasi di Kawasan Tapah dan pada tahun 2020 satu lagi PASTI akan ditubuhkan di Bidor.

“Pertambahan bilangan PASTI serta muridnya ini menunjukkan dan membuktikan bahawa PASTI tetap menjadi pilihan utama kalangan masyarakat dalam memberikan pendidikan pra-sekolah yang membina keperibadian sahsiah mahupun akademik,” yakininya.

Majlis telah diserikan dengan persembahan ikrar dan nasyid oleh murid-murid PASTI.

Turut hadir ialah Pengerusi PASTI, Cikgu Hanif Othman dan Setiausaha PAS Cawangan, Ustaz Yahya Farman serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan, Mashori Nasir. – HARAKAHDAILY 21/11/2019

- Advertisement -