HAK PASTI Tambun berlatar ceria dan sedih

- Advertisement -

TAMBUN: Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Tambun telah meraikan seramai 370 murid 6 dan 5 tahun pada majlis di Dewan Bandar Baru Tambun Batu 4, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Majlis tersebut turut merangkumi penyampaian anugerah dan pencapaian akademik termasuk bagi wakil bola sepak dan bola jaring ke peringkat kebangsaan dan Naib Johan Khutbah Alam Ria Perak.

Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said menyifatkan PASTI sebagai institusi berjaya menyediakan produk yang cemerlang duniawi dan ukhrawi hingga mendapat kepercayaan banyak pihak.

Beliau menjadikan Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri sebagai contoh antara ikon kelahiran PASTI yang berjaya di mana kini sedang menyiapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah.

Terdahulu, Ustaz Hafez yang juga Penasihat PASTI Tambun dalam ucapannya menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menyediakan institusi tersebut untuk bersiap bergerak ke hadapan.

Antara terbaru maklumnya adalah penubuhan Pejabat PASTI Kawasan dan menyediakan kemudahan transit di kebanyakan premis bagi kemudahan ibu bapa yang bekerja.

Murid dari PASTI Al-Muhajirin, Nur Alisha Umairah Azli dan Aisar Kashfina Muhammad Kashfullah masing-masing mengungguli Anugerah Pelajar Cemerlang bagi umur 5 dan 6 tahun.

Majlis yang diserikan dengan persembahan murid termasuk khas dari Sekolah Orang Asal turut beremosi mengenang Almarhumah Cikgu Noraznin Asbaha Mohd Ali. – HARAKAHDAILY 21/11/2019

- Advertisement -