Ameerah Birthday Attack rai wanita di Pandan

    - Advertisement -

    PANDAN: Ameerah Kawasan Pandan terus merutinkan gerak kerja dakwahnya menyantuni warga setempat khususnya golongan wanita muda dengan melangsungkan program Ameerah Care, semalam.

    - Advertisement -

    Membawa tema Ameerah Birthday Attack, program kali ini telah memilih untuk meraikan wanita muda bertuah yang mempunyai tarikh lahir pada bulan November dengan keraian secara kejutan.

    Kunjungan untuk menyerahkan cenderahati kenang-kenangan sebagai menzahirkan keprihatinan kepada mereka yang diraikan itu dipimpin sendiri Ketua Ameerah Pandan, Nurul Husna Abd Hamid.

    Menerusi program ini, Ameerah dapat berkenalan dan berinteraksi dengan masyarakat setempat di mana turut mengeratkan silaturahim sesama penduduk yang juga merupakan kenalan kejiranan, di sini.

    Turut dilawati untuk diraikan pada program kali ini termasuk kediaman dua wanita berbangsa Tionghua yang sekali gus membuktikan PAS mengakui kemajmukan pelbagai agama dan kaum.

    Menurut Nurul Husna, pihaknya akan terus menggiatkan aktiviti Ameerah Pandan dalam mendekati masyarakat khususnya wanita muda dengan pelbagai aktiviti bagi membawa kebaikan kepada semua.

    Katanya, walaupun sedia maklum kebanyakan wanita muda yang tinggal di kawasan ini adalah berkerjaya, namun ia bukan halangan kepada pihaknya membina hubungan dan saling berukhuwah.

    Apatah lagi menurutnya, dengan termeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 September lalu, peranan Ameerah semakin besar untuk bersama merealisasikan agenda gagasan tersebut. – HARAKAHDAILY 18/11/2019

    - Advertisement -