Usah layan provokasi musuh, kekal berakhlak

    - Advertisement -

    TAMBUN: Ahli PAS tidak harus melayan provokasi dan membalas kejahatan musuh terhadap PAS dengan melakukan perbuatan serupa, sebaliknya harus sentiasa mengekalkan akhlak Islam pada diri sendiri.

    - Advertisement -

    Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun, Ustazah Zaidah Mohd Radzi berkata, celaan dan fitnah adalah cara musuh untuk membuat provokasi dan kejahatan terhadap PAS.

    “Selaku ahli PAS, kita harus kekal berakhlak tanpa mengendahkan tindakan musuh. Buang masa sahaja jika kita layan mereka. Kerana jika difikirkan kembali, matlamat kita memperjuangkan perkara baik (Islam). Jangan kita jadi bodoh sombong seperti mereka,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian semasa mengupas kitab Amal Jamaie pada Himpunan Muslimat PAS Tambun di Pusat Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru, di sini semalam.

    Serunya, ahli PAS mesti terus membentuk akhlak yang baik sebagai seorang individu Muslim menerusi peneguhan thaqafah dalam diri dengan penyertaan dan memperkayakan program-program tarbiyah.

    Beliau juga mengingatkan untuk tidak menjadi orang yang ragu-ragu terhadap intima’ bersama PAS kerana melayan bisikan negatif mempertikai strategi PAS kononnya telah lari daripada prinsip asal perjuangan.

    Ustazah Zaidah meneguhkan motivasi dengan mengajak setiap ahli meyakini bahawa perjuangan PAS adalah menegakkan agama Allah di mana tiada sesiapapun boleh mengubah hadaf tersebut.

    Iaitu kemukanya, dengan cara mengingati mati dan mutabaah amal fi Rasulillah yakni terus berjuang bersama-sama dalam jamaah melakukan gerak kerja sesempurna mungkin hingga merasa redha apabila kematian menjemput. – HARAKAHDAILY 18/11/2019

    - Advertisement -