Amerika: Agenda, rangkaian dan tajaan

- Advertisement -

1983 Amerika dipimpin Ronald Reagen

- Advertisement -

Pada awal era 80-an, Amerika bangkit dengan agensi-agensi yang lebih terancang dan beragenda. Antara yang masyhur ialah Yinon Plan yang diilhamkan oleh seorang pemikir Zionis yang bernama Oded Yinon. Ia ditulis dalam sebuah jurnal pada 1983, dan kemudiannya diterbitkan dalam bentuk gambar rajah dalam majalah Atlantic  pada 2008. Selain Yinon Plan, Bernard Lewis juga seorang pemikir Zionis telah melakar projek New Middle East (NME) pada 1983.

Yinon Plan adalah lakaran pecahan-pecahan Negara Arab khususnya mengikut perbezaan mazhab dan aliran. Yinon berpegang bahawa perselisihan mazhab atau sekterian merupakan senjata yang paling ampuh untuk melaga-lagakan sesama Umat Islam. Manakala NME lakara Bernard Lewis pula diupdate beberapa kali antaranya oleh Leftenan Kolonel Ralph Peters pada 2006.

Dalam masa yang sama, pada 1983 National Endowment Of Democracy (NED) ditubuhkan bagi mempromosikan sistem demokrasi, walhal ia bertujuan untuk campur tangan dalam politik-politik negara lain secara ‘atas tanah’. 1983 Amerika di bawah pemerintahan Presiden Ronald Reagen. Banyak lagi agenda yang dirancang di era 1983 khususnya menampakkan keseriusan mereka untuk ke arah Pax Judaica.

Antara yang mendorong Amerika untuk bergerak lebih agresif ialah pengalaman yang mereka lalui dan sedang lalui ketika itu, ialah Perang Dingin (1947-1991). Persaingan Amerika yang berpaksikan kepada Liberal Kapitalis, bertembung dengan Soviet yang berpaksikan kepada Komunis Sosialis. Pertembungan idealogi ini akhirnya mewujudkan suasana ketegangan politik antara kedua-dua kuasa besar itu, pasca Perang Dunia Kedua. Inilah ang dinamakan Perang Dingin.

Pertembungan idealogi

Sebelum ini saya ada terbitkan tulisan yang bertajuk ‘Sekularism, Kapitalism Dan Sosialism’ [1] ada menceritakan serba sedikit detik awal pertembungan antara Kapitalis yang diasaskan oleh Adam Smith, dan Sosialism yang diasaskan oleh Karl Marx. Kapitalism itu sendiri berpaksikan kepada Liberalism iaitu ‘kebebasan kepada para pemodal untuk mencari keuntungan’ sekalipun menindas orang lain.

Manakala Komunis pula sebuah sistem kemasyarakatan yang sosioekonominya  diperintah secara berstruktur kepada pemilikan bersama yang menjadi asas kepada Sosialism. Kedua-dua sistem ini sesat, dan tidak pernah membuahkan hasil yang baik. Pasca Perang Dunia Kedua ini menyaksikan bagaimana kedua-dua kuasa ini mula bersaing dengan idealogi masing-masing.

Amerika sebagai kuasa besar ketika itu melihat bahawa Soviet adalah ancaman besar yang muncul sejak 1933. Antara bentuk ancamannya ialah persaingan teknologi, persenjataan, dan sebagainya. Kedua-duanya bereksperiman membina senjata nuklear. Beberapa siri pertempuran juga meletus yang menyaksikan ratusan ribu korban.

Seawal tamat Perang Dunia Kedua, Amerika telah menubuhkan International Monetary Fund (IMF) pada 1945 yang menggabungkan 189 buah negara. Katanya untuk mewujudkan kerjasama kewangan global, menjamin kestabilan kewangan, perdagangan antarabangsa, menggalakkan pekerjaan yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mengurangkan kemiskinan di seluruh dunia.

IMF, CIA Dan Marshall Plan 1947/48

Kewujudan IMF sengaja dipotretkan sebagai ‘orang baik lagi dermawan’. Walhal hakikatnya ia adalah teknik menguasai kekayaan dunia. Mata wang mula tertumpu kepada ‘kertas’ yang sepatutnya tiada nilai. Seterusnya Amerika menubuhkan Central Intelligence Agency (CIA) pada 1947. CIA yang bertugas di bahagian risikan ini, menjadikan pertubuhan ini sangat membantu Amerika untuk menerobos ke dalam rahsia-rahsia negara lain.

Setiausaha Amerika ketika itu George Marshall menggagaskan satu plan yang dinamakan Marshall Plan pada 1948. Ia merupakan satu inisiatif Amerika untuk membantu Eropah Barat, di mana Amerika Syarikat telah memperuntukkan lebih daripada USD12 bilion (nilai hari ini sekitar USD100 bilion) untuk membantu membina semula ekonomi Eropah Barat pasca Perang Dunia Kedua. Projek ini dinamakan European Recovery Program (ERP).

Apa yang menarik perhatian, tugasan risikan CIA sendiri menerima 5 peratus daripada Marshall Plan, iaitu sebanyak USD685 juta dalam tempoh 6 tahun. Menunjukkan bahawa CIA sangat berperanan dalam menjayakan agenda ERP. ERP sepatutnya dijadualkan tamat pada 1953, akan tetapi terpaksa berhenti 2 tahun lebih awal akibat Perang Korea pada 1950-1953 yang mengakibatkan banyak kerugian.

Perang Korea merupakan salah satu petunjuk persaingan Soviet VS Amerika. Korea Utara mendapat sokongan Soviet dan China, manakala Korea Selatan disokong oleh PBB khususnya Amerika. Perang Korea antara yang terburuk dalam sejarah apabila mengakibatkan kematian orang awam seramai 2 hingga 3 juta orang. Akibat berebut kepentingan kuasa besar, akhirnya jutaan nyawa rakyat tidak berdosa menjadi mangsa.

RAND Corporation 1948 dan NED 1983

Selain daripada CIA, IMF dan Marshall Plan yang merangka agenda tersembunyi di sebalik ‘wajah dermawan’, tertubuhnya RAND Corporation pada 1948. Ia ditubuhkan oleh Douglas Aircraft Company untuk menawarkan penyelidikan dan analisis kepada Angkatan Tentera Amerika Syarikat. ‘Keistimewaannya’ ialah, ia dibiayai oleh Kerajaan AS dengan kos yang tinggi dan laporan-laporan yang diterbitkan oleh mereka menunjukkan bahawa strategi Amerika boleh dikatakan terbaik.

Kewujudan RAND Corporation dianggap penting kerana analisis dan kajian mereka yang sangat hampir dengan objektif yang disasarkan. Amerika dilihat bergantung kepada kajian RAND ditambah dengan risikan CIA, dan pendanaan IMF untuk melebarkan sayap penguasaan dunia. Antara kajian yang dibuat mengenai Islamophobia dengan analisis yang cukup tepat untuk mempotretkan Islam dalam bentuk wajah ganas pasca 2001.

Sepertimana yang saya nyatakan di awal tadi bahawa era 80-an merupakan satu momentum baru untuk kebangkitan Amerika. Iaitu di kemuncak pertembungan dengan Soviet. Kesungguhan Amerika untuk merebut piala juara dunia, diperlihatkan dengan kemunculan Yinon Plan, New Middle East, dan tidak terkecuali NED. Kenapa NED dianggap penting? National Endowment Of Democracy (NED) dilihat pertubuhan penting untuk mempromosikan demokrasi ke seluruh dunia.

Contoh rangkaian mereka untuk mempromosikan demokrasi antaranya United States Agency International Develompent (USAID) 1961, National Democratic Institute (NDI) 1983 dan banyak lagi [gambar]. Dengan bahasa lain, mereka ingin ‘menyelaraskan’ sistem pemerintahan dunia dengan corak ala-ala Liberalism. Ini kerana tunjang paksi idealogi Amerika ketika itu ialah Liberal Kapitalism. Jadi, antara yang mereka persembahkan kepada dunia ialah ‘demokrasi.

Campur tangan NED dan IRI 1983 

Sebelum ini saya ada tulis artikel yang bertajuk ‘Demokrasi: Mencari ruang dalam keterpaksaan‘ [2]. Amerika memperuntukan kos yang besar untuk membiayai NED atau dengan kata lain ‘sanggup berkorban’ demi menyebarkan idealogi dan sistem pemerintahan ciptaan mereka. Mereka mengembangkan demokrasi antaranya untuk memastikan Soviet boleh tumbang kerana ia digambarkan sebagai kerajaan diktator.

Selain itu, NED dilihat berperanan untuk campur tangan politik negara-negara lain. Contohnya, sesebuah negara itu sengaja di’huru-hara’kan dan pemerintahnya dipotretkan sebagai diktator. Walhal hakikatnya mereka merancang untuk kepentingan sesuatu, seperti petroleum. Lalu NED akan mendanai beberapa proksi yang terdiri dari kalangan rakyat negara itu juga, untuk menjatuhkan pemerintah tadi.

Tidak dilupakan, pada tahun yang sama (1983) ditubuhkan IRI. Republican Institute Antarabangsa (IRI) adalah organisasi yang memberi komited untuk memajukan kebebasan ala Liberal dan demokrasi di seluruh dunia dengan membantu parti-parti politik untuk menjadi lebih responsif dan meransang rakyat untuk mengambil bahagian dalam ‘perancangan kerajaan’. Dengan bahasa mudah, ke arah mewujudkan rakyat yang ‘terjentik’ dengan unsur Liberalism.

Iaitu mereka yang mengambil sikap tidak mahu terikat dengan sebarang undang-undang. Golongan ini dikenali dengan sikap liar, Vandalism, Hedonism dan sebagainya. Idealogi mereka bermula dengan unsur Liberal. Sebab itulah kesan daripada penerapan konsep Liberal sejak sekian lama melahirkan generasi Z yang kita lihat pada hari ini. IRI dan NED kedua-dua organisasi daripada puluhan organisasi yang lain, yang berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat dunia dengan acuan mereka.

Civil Democtratic Islam dan proksi di Malaysia yang ditaja

Selain itu, mereka terpaksa berhadapan dengan kumpulan Islam Fundamentalis yang dianggap ‘mengacau’ kerana golongan ini memperjuangkan sistem Islam. Kadangkala golongan ini dilihat menentang demokrasi,  dan kadangkala menggunakan demokrasi untuk menegakkan khilafah. Jadi, IRI dan NED perlu melagakan golongan Fundamentalis dengan kumpulan Islam Konservatif dengan sentimen Wahhabism dan isu-isu khilafiah.

Pembahagian Fundamentalis, Tradisionalis (konservatif), Sekularis dan Modernis ini dibahagikan oleh mereka sendiri atas tujuan mencari kelemahan Umat Islam ala-ala konsep Yinon Plan. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Cheryl Bernard di dalam bukunya ‘Civil Democtratic Islam‘  yang diterbitkan oleh RAND Corporation yang telah saya ceritakan di awal tadi. Analisis ini sangat ‘menjejak’ dalam dunia Islam.

Malaysia juga turut menjadi sasaran Amerika. Antara dapatan pada 2015, NED mengaku telah mendanai IRF (Islamic Reinassance Front) dengan USD60,000, Merdeka Centre USD60,000 dan KiniTV  USD35,000. Pada akhir 2017, Malaysiakini telah membuat pengakuan menerima dana daripada Open Society Foundation’ (OSF) milik Yahudi (George Soros). Pada Julai 2018 pasca PRU14, dalam satu forum yang diadakan di CSIS, wakil International Republican Insitute (IRI) berbangga menceritakan hubungan dengan Malaysia.

Mereka mengakui menyalurkan dana NED kepada pembangkang sejak 2002 lagi untuk menjatuhkan kerajaan pada 2018. Apabila diperhatikan pada rajah, akan mendapati bahawa banyak lagi rangkaian yang tidak sempat untuk dikongsi seperti NDI, CIPE, ACILS dan USAID Setiap part punyai strategi dan peranan masing-masing. Justeru umat Islam sepatutnya sedar, bahawa Amerika benar-benar mengkaji mengenai Umat Islam.

Mereka merancang dengan begitu teliti untuk merosakkan Islam dalam jangka masa yang panjang. Sebab dunia Islam yang kita saksikan hari ini, penuh dengan gambaran yang sememangnya dipotretkan oleh mereka. Sama ada dari segi keganasan, atau dijelmakan dalam bentuk anti kebebasan seperti kejumudan, kolot dan ketinggalan zaman. Kesemua ini dijalankan secara terancang puluhan tahun, semata mata untuk

[1] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1215189002007904/

[2] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1199918566868281/HARAKAHDAILY 26/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

IMG 20191025 WA0030

- Advertisement -