Komik kontroversi: Kebebasan versi PH bawa padah

shaharizukarnain
- Advertisement -

PEMANSUHAN Akta Antiberita Tidak Benar di Dewan Rakyat baru-baru ini menyebabkan terdedahnya negara kepada pintu fitnah dengan sewenang-wenangnya. Saya telah membangkitkan kebimbangan saya terhadap perkara ini ketika sesi perbahasan pemansuhan akta ini dan penyebaran komik Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama tersebut jelas menggambarkan kebimbangan yang dibangkitkan.

- Advertisement -

Komik yang mengandungi fitnah semata-mata terhadap negara termasuklah terhadap Islam itu sendiri menunjukkan ketiadaan suatu cegah rentang yang berkesan dalam undang-undang yang ada pada hari ini.

Persoalannya, bagaimana mungkin komik ini telah berjaya masuk ke sekolah tanpa ada sekatan awal? Bagaimana pihak kerajaan sendiri tidak memantau penyebaran propaganda yang jelas mengundang bahaya kepada masa depan negara?

Apa yang lebih malang, Perdana Menteri sendiri yang menghadiahkan komik tersebut kepada Perdana Menteri Cina walhal komik tersebut jelas propaganda DAP memecah belah kaum. Walaupun ia bukan bersifat rasmi, tetapi kandungannya yang menyeleweng sewajarnya diteliti terlebih dahulu.

Justeru, Kementerian Pendidikan perlu memastikan komik tersebut ditarik balik secara menyeluruh dan perlu lebih berwaspada supaya kes-kes seperti ini tidak lagi berulang.

Saya juga mencadangkan agar nilai-nilai murni berkenaan politik matang dan sejahtera sewajarnya dipupuk di dalam pemikiran anak muda sejak dari sekolah rendah iaitu satu politik yang berpaksikan perlumbaan semata-mata demi kesejahteraan rakyat dan negera bukannya politik kotor sepertimana yang tercatat di dalam komik tersebut.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu
22 Oktober 2019 | 23 Safar 1441 – HARAKAHDAILY 22/10/2019

- Advertisement -