Pemuda PAS jayakan kemuncak BSN KBS

    - Advertisement -

    KUALA LUMPUR: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menjayakan perlawanan bola sepak persahabatan sebagai program kemuncak Bulan Sukan Negara (BSN) di Stadium Bukit Jalil, di sini semalam.

    - Advertisement -

    Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini menyaksikan kemenangan pasukan pilihan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatasi pasukan Challo FC dengan jaringan 4 – 3.

    Pengarah dan Timbalan Pengarah DACS Malaysia, Mohd Hafez Sabri dan Muhammad Fadzli Abu Bakar antara yang membarisi serta turun bermain mewakili pasukan pilihan Syed Saddiq.

    “Pelawaan Menteri muda ini disambut baik DACS Malaysia sebagai tanda persahabatan dan secara tidak langsung membuktikan sukan menjadi medium penyatuan anak muda,” ujar Hafez yang turut mempromosikan kempen “Fit Is Sunnah” (FITS).

    Beliau mengajak anak muda Malaysia untuk menyertai pelbagai aktiviti di bawah DACS Negeri dan kelab sukan yang aktif mengikut minat masing-masing.

    Sementara itu, Fadzli yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Selangor menyatakan keterujaan pengalaman pertama kalinya bermain di Stadium Bukit Jalil dan turut ‘menyelami’ perasaan pemain negara.

    Naib Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari turut hadir memenuhi jemputan khas ini. – HARAKAHDAILY 13/10/2019

    - Advertisement -