DACS Kedah hulur bantuan kepada mangsa banjir

- Advertisement -

SIK: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menghulur bantuan mangsa banjir di Sungai Pau, di sini semalam.

- Advertisement -

DACS Kedah disertai ahli Alternative Riding Club (ARC) dan Alternative 4×4 Club (A4C) di dua lokasi berasingan yang turut dijalankan serentak di Kupang, Baling.

Serahan sumbangan barangan makanan asas kepada 150 keluarga melibatkan mangsa banjir yang keuzuran diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Abdul Hamid.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman mengetuai satu kumpulan yang lain di kawasan Baling, Kedah.

Pengarah DACS Kedah, Faizal Bakar berkata, program seumpama ini sentiasa menjadi perhatian pelbagai peringkat pemuda serta menjadi rutin bulanan setiap kawasan.

Menurutnya, kesusahan dan kesulitan yang dihadapi mangsa banjir sedikit terubat setelah menerima sumbangan tersebut dan diharap dapat meringankan beban keperluan harian mereka.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik, Ustaz Mohd Shahiful Mhd Nasir, Ketua Pemuda PAS Kawasan Baling, Ustaz Mohd Roshidi Md Arof hadir bersama jentera pemuda menyampaikan sumbangan kepada mangsa. – HARAKAHDAILY 13/10/2019

- Advertisement -