Pelawa kolaborasi generasi muda realisasi WINS2051

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS2051) yang dikemukakan PAS adalah dokumen pembangunan sistem ke arah menyelesaikan permasalahan dalam negara yang ada selama ini dengan menggariskan enam perkara.

- Advertisement -

Iaitu pengukuhan akal dan rohani; keharmonian dan berkebajikan; ketelusan, kecekapan dan kebertanggungjawaban urus tadbir; keadilan dan kelestarian sumber; keberkesanan pembinaan insan; dan keselamatan dan kesejahteraan awam.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ianya hendak dibawa Pemuda PAS untuk ‘menjenamakan’ politik baru kepada rakyat Malaysia dan bukannya pertentangan atau persengketaan sebagaimana sekarang ini.

Pembentangan itu dilakukannya dalam Empowering Muslim Youth Convention membicarakan topik “Naratif Malaysia Baharu: Peranan dan Persediaan Mahasiswa” di Universiti Islam Malaysia (USIM), Nilai, kelmarin.

Definitely lebih mudah, dipanggil flawless communication antara dua pihak; membolehkan idea pembangkang (PAS) sampai kepada rakyat. Ini yang kita mahukan. Jadi ini yang kita nak bawa, enam perkara.

“Idea yang ada pada pembangkang ini bukan hak milik pembangkang. Tetapi idea yang kita ada ini adalah untuk rakyat. Kalau kerajaan nak ambil dan mengatakan itu idea dia, silakan. Kami tak kisah, sebab (idea) ini adalah ilmu Allah S.W.T

“Sebab itu saya mulakan dengan ayat ‘sibghatallah’, ianya datang dengan acuan Allah yang hak manusia menggunakannya melalui pendekatan al-Quran dan juga as-Sunnah,” kupas beliau.

Terangnya, ada tiga fasa WINS2051 yang akan dilaksanakan PAS iaitu pertama; Transformasi Negara Sejahtera dan kedua; Negara Sejahtera, Negara Model serta ketiga; memimpin Malaysia, bersama 10 strategi diadaptasi.

Sehubungan itu beliau mempelawa generasi baharu pemuda-pemudi untuk berkolaborasi memastikan kemampuan memperjuangkan agenda rakyat sebagaimana antara prinsip-prinsip PAS gariskan. – HARAKAHDAILY 27/9/2019

- Advertisement -