‘Saya nak lihat wajah orang yang pukul anak saya’

ADI
- Advertisement -

KUALA KEDAH: Ibu Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Asmah Aziz, melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah kerana doa mereka sebagai ibu bapa termakbul setelah hampir setahun mengharapkan keadilan buat anak tersayang.

- Advertisement -

asmaBeliau yang ditemui di kediamannya, walau bagaimanapun  mengharapkan agar dapat melihat wajah orang yang memukul anaknya dan pelakunya dijatuhkan hukuman setimpal.

“Saya hendak melihat sendiri wajah orang yang memukul anak saya dan saya amat berharap mereka dijatuhkan hukuman setimpal selepas ini dan keadilan untuk arwah terbela,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau bersama suami dan ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak jemu memberi semangat, sokongan dan berdoa sehinggalah keadilan untuk Mohd Adib berjaya ditegakkan.

Mahkamah Koroner di Shah Alam hari ini memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Keputusan itu bukan sahaja  menggembirakan hati ibu bapa dan ahli keluarganya malah semua rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan serta mengharapkan kematian ahli bomba itu mendapat keadilan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 27/9/2019

- Advertisement -