Kematian Adib: Tommy Thomas digesa berundur

shahir adnan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menggesa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berundur daripada jawatan yang dipegang sekarang ini.

- Advertisement -

Ia susulan kertas alasan penghakiman oleh Koroner Rofiah Mohamad telah memutuskan secara ‘prima facie’ bahawa beliau telah menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.

Menurut Ketua DPIM, Shahir Adnan, Peguam Negara dengan jelas telah berlaku subjudis dengan membuat satu afidavit yang menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian Allahyarham Adib.

“Peguam Negara dilihat sudah tidak sesuai untuk mengendalikan kes ini kerana dilihat berat sebelah akibat perbuatan subjudis dalam kes inkues ini.

“Serta mendesak pihak polis untuk mengklasifikasikan semula kes ini kepada kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan demi keadilan buat Allahyarham Adib dan keluarga beliau.

“Pihak polis perlu menangkap kembali kesemua suspek yang dibebaskan dari tahanan reman pada Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, pihaknya menzahirkan kesyukuran dengan keputusan yang adil terhadap inkues Allahyarham Adib memutuskan punca kematian adalah akibat perbuatan jenayah iaitu dipukul atau dibelasah sehingga menyebabkan kematian oleh perusuh-perusuh yang cuba menghalang pihak Bomba dari memadamkan kebakaran di kuil tersebut.

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib yang bermula pada 11 Februari lalu telah memanggil 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar telah berlangsung selama 41 hari selain 137 eksibit dikemukakan. – HARAKAHDAILY 27/9/2019

- Advertisement -