Razman lawat lokasi lori tangki kimia terbalik

- Advertisement -

BAGAN SERAI:  Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah melawat lokasi insiden melibatkan sebuah lori tangki membawa cecair kimia yang terbalik di Parit Mentara 3, di sini semalam. 

- Advertisement -

Lawatan itu turut disertai dengan sumbangan air mineral dan roti kepada anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat menjaga dan memastikan keselamatan di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Razman juga turut meluangkan masa mendapatkan penerangan dari pegawai bertugas mengenai keadaan terkini dan kesan lanjut yang akan diperoleh akibat insiden tersebut.

Seratus bungkus makanan juga telah disumbangkan oleh Dapur Rakyat PAS Kawasan Bagan Serai bagi meraikan petugas-petugas yang terdiri menjalankan kerja berkaitan.

Mereka terdiri daripada anggota Polis DiRaja Malaysia, Pasukam Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pertahanan Awam.

Menurut pegawai dari pihak Bomba dan Jabatan Alam Sekitar, keadaan didapati terkawal di mana air yang tercemar telah disekat pengalirannya dan kini hanya tertumpu di sekitar kawasan bencana.

Ujian sampel air oleh anggota petugas Jabatan Alam Sekitar yang disaksikan sendiri oleh Razman menunjukkan wujudnya keasidan, namun bacaan tidak begitu tinggi hingga membahayakan penduduk.

Walaubagaimanapun, penduduk yang mendiami kawasan insiden itu telah dinasihatkan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Razman juga turut bergegas ke Hospital Parit Buntar melawat seorang pemuda yang mengalami muntah dan pening disyaki terhidu bahan kimia bocor dari insiden tersebut. – HARAKAHDAILY 27/9/2019 

IMG 20190927 WA0014

- Advertisement -