MP Pasir Mas sifatkan Dr Farid hormati Federalisme

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
 
Ahli Parlimen Tanjung Piai itu meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.
 
“Dua minggu lepas, Almarhum hadir ke Pasir Mas untuk satu program Jabatan Perpaduan dan saya turut dijemput hadir. 
 
“Almarhum sempat membisikkan janji untuk turut membantu jika ada apa-apa keperluan di Pasir Mas,” katanya.
 
Beliau menyifatkan Almarhum sebagai seorang yang baik dan menghormati konsep Federalisme, di dalam mahupun di luar Dewan Rakyat.
 
Didoakan beliau, semoga Allah merahmati roh Almarhum dan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. – HARAKAHDAILY 21/9/2019