Kempen: Utama VS Boikot: Siapa duta kebencian?

- Advertisement -

PERKARA ini semakin menjadi perbalahan hangat di saluran pelbagai media. Ada pihak cuba mahu rangkumkan naratif yang bermaksud ‘preference’ (keutamaan) menjadi ‘boycott’ (pemulauan) . Mereka ini mempropaganda ‘naratif berpeluru’ dengan menguasai minda orang-orang yang dangkal. 

- Advertisement -

Bagaimanakah Weaponized Narrative?

Penceritaan berpeluru (Weaponized narrative)  adalah permainan manusia beragenda. Namun ada sebahagian mereka bukanlah pencipta naratif , tetapi mereka mungkin tukang sebar atau tukang angguk.

Dalam isu penggunaan barangan keperluan harian, naratif yang bernada positif ‘utamakan beli barangan Muslim’ telah dimanipulasi maknanya supaya menjadi ‘boikot barangan bukan Muslim’ .

Siapa terompah ‘Closet Racist’?!

Mereka adalah propagandis prejudis (kesumat buruk) akan terus menyebarkan naratif kebencian dengan cubaan menyekat hak-hak pengguna muslim untuk memilih.

Mereka ini penuh penafian (denial) dalam diri dalam membuat penelitian terhadap suatu realiti yang sememangnya telah lama orang maklum. Mereka tertipu dengan manipulasi kata sang ‘closet racist’.

Siapa ‘closet racist’?

Mereka adalah propagandis kebencian yang mempunyai maqam (level) lebih tinggi. Mereka ini sebagai duta menyebarkan kebencian atas kebencian yang telah dibuat.

Jika ada segelintir pihak yang bermentaliti kebencian yang memulakan naratif ‘boikot barangan bukan Muslim’ kenapa harus dipukul borong dan dimanipulasi.

Bagaimana mereka manipulasi?

Mereka melakukan pukul borong (generalization) bahawa pembawa naratif ‘utamakan produk Muslim’ juga sebagai pemboikot produk bukan-Muslim.

Mati-mati mereka mahu tuduh bahawa ‘utamakan produk Muslim’ adalah sama dengan ‘boikot produk bukan-Muslim’.

Mereka terus akan mengelirukan orang yang dangkal dengan memanipulasi pendekatan lojik generalisasi (pukul borong). Inilah yang dinamakan mereka ini adalah ‘duta kebencian di atas kebencian’. Berlapis-lapis kesumat mereka ini.

Kenapa ‘utamakan produk Muslim’ berbeza dengan ‘boikot produk bukan-Muslim’?

Kerana masing-masing berada di spetrum yang berlainan. Seruan ‘utamakan produk Muslim’ bukan bermaksud memboikot produk bukan-Muslim.

Ini kerana bila dalam keadaan tiada pilihan daripada produk Muslim yang boleh memenuhi kehendak pengguna Muslim, maka mereka tetap akan pilih produk bukan-Muslim asalkan halal dan baik. 

Berbanding seruan ‘boikot produk bukan-Muslim’ bakal membawa kepada kesempitan dan hipokrasi bila mana terdesak.

Islam datang dengan pendekatan kaedah fikah muamalah:

الأصل في المعاملة الإباحة حتى يدل الدليل على تحريمه

“Hukum asal dalam urusan muamalah adalah boleh, kecuali ada dalil yang mengharamkannya.”

Yakni, selagi tiada petanda atau bukti bahawa perkara muamalah itu haram atau membawa kepada haram, maka ia kekal harus. Maka tetaplah produk bukan-Muslim adalah salahsatu pilihan Muslim, cuma ia hanya bukan pilihan utama.

Apakah menggunakan hak memilih itu salah? Di mana laungan jagoan kebebasan memilih sebelum ini. Apakah semua pejuang-pejuang tersebut sudah meninggal?

La dharar wala dhirar

Nabi Muhammad S.A.W berpesan:  

” لا ضرار ولا ضرر “

“Tidak boleh melakukan perbuatan yang berbahaya dan membahayakan”

(Riwayat oleh Ahmad, Malik, Ibn Majah & al-Daraquni)

Saya menyeru kepada propagandis kebencian, jika ada pihak yang memulakan kebencian, kenapa harus ditokok tambah lagi kebencian yang ada dengan kebencian yang lain.

Hentikanlah tuduhan jahat pukul borong bahawa ‘seruan keutamaan produk Muslim’ itu bermakna memulau (boikot) produk bukan-Muslim.

Anda lebih baik daripada ini. Jika kebencian terus di sebar atas lapisan kebencian, maka andalah sebahagian daripada pencipta kebencian. Bahkan anda lebih buruk daripada itu.

“Kata dulang paku serpih, kata orang siapa yang lebih?!”

MUHAMMAD ZIKRI ISMAIL
Meneliti punca kebencian
Mewaspadai Weaponized Narrative! – HARAKAHDAILY 6/9/2019

- Advertisement -