Ameerah Titiwangsa kupas perjuangan kemerdekaan

- Advertisement -

TITIWANGSA:  Ameerah Kawasan Titiwangsa telah mengadakan program Ameerah Mengupas Special Merdeka yang dilangsungkan dengan penuhjayanya di Zara Ikan Bakar, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Forum malam itu menampilkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir dan Pegawai Khas Ketua Muslimat PAS Malaysia, Hanisah Abd Rahman.

Menurut Roslan, Tanah Melayu telah dijajah selama lima kali sepanjang 445 tahun oleh pelbagai bangsa, sekali gus menangkis mitos mengatakan kemerdekaan negara dikecapi tanpa pertumpahan darah.

Namun katanya, apabila perjuangan kemerdekaan mencapai kemuncaknya, British telah meletakkan syarat untuk merdekakan Malaya adalah dengan memberi kerakyatan kepada kaum Cina dan India.

Sementara itu, Hanisah ketika mengupas isu had minimum umur layak mengundi telah membawa contoh sirah perjuangan Pemuda al Kahfi, Saidina Ali K.W dan Mus’ab ‘Umair R.A.

Di mana mereka itu kupasnya, masing-masing telah lebih dahulu memegang amanah sebagai panglima perang dan gabenor pada yang usia muda.

Selain itu, beliau turut menggariskan kriteria calon pilihan raya wajar diundi, terutamanya bagi anak muda yang pertama kali menyertai pilihan raya iaitu sosok tubuh kuat, takutkan Allah, berwawasan serta berakhlak mulia.

Di samping itu, Roslan turut mengulas berkenaan agenda penyatuan ummah antara PAS dan Umno, yang mana deklarasi ini akan menguntungkan Islam dan Melayu, di samping hak-hak orang bukan Islam juga terjamin.

Di akhir forum, kedua-dua panel menasihati anak muda supaya menghargai kemerdekaan yang dinikmati pada masa kini hasil keringat, air mata dan darah para pejuang terdahulu. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

- Advertisement -