Ustazah Nuridah santuni mangsa ribut di Penaga

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah berkesempatan mengadakan kunjungan ziarah menyantuni mangsa taufan Lekima dalam Dun Penaga, di sini semalam.

- Advertisement -

Lawatan beliau iaitu telah ke Kampung Permatang Janggus, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Permatang Keriang menemui sendiri keluarga mangsa yang kediamannya ditimpa ribut dalam kejadian tersebut.

Ahli Dewan Negara ini dalam rangka lawatannya ke negeri-negeri Utara telah menyerahkan sumbangan pada ziarah yang turut disertai Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Ustazah Hasnah Idrus.

Hadir sama adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Pulau Pinahg, Zakiah Mohamad dan Briged Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas serta Ahli Jawatankuasa MTD Penaga.

Ustazah Nuridah turut dibawa berziarah ke premis pendidikan yang tersergam indah iaitu PASTI dan SRITI Fathul ‘Arifin sebagai bukti kejayaan PAS membangunkan sektor penting umat ini.

Dikesempatan tersebut, beliau juga telah berpesan kepada para penggerak parti agar melazimi doa dan munajat secara berterusan selain mengamalkan Doa Rabitah dan Qunut Nazilah sebagai perisai perjuangan. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0112

- Advertisement -