Guru PASTI peroleh diploma dirai Muslimat Tambun

- Advertisement -
IPOH: Guru-guru PASTI Kawasan Tambun yang menerima diploma pada Julai lalu sempena Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Kali Ke-11 telah dirai oleh Dewan Muslimat PAS Tambun di Pusat Tarbiyyah PAS Kampung Tengku Hussein, di sini kelmarin.
 
Seramai sembilan orang guru PASTI Tambun telah berjaya menamatkan siri Kursus Latihan Perguruan PASTI selama tiga setengah tahun yang melayakkan mereka menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.
 
Kursus tersebut yang turut diambil oleh guru-guru PASTI seluruh Malaysia diwujudkan antaranya ialah bagi menyediakan guru PASTI yang terlatih, berkualiti dan komited terhadap tanggungjawab dalam memperjuangkan sistem pendidikan Islam.
 
Selain itu, ia juga sebagai menyahut seruan Kerajaan Malaysia yang menyasarkam semua guru prasekolah memiliki segulung diploma menjelang tahun 2020.
 
Ketua Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusoff berharap semoga para guru PASTI terus menjadi warga pendidik yang cemerlang dalam perjuangan mentarbiah anak didik penyambung perjuangan Islam di Malaysia amnya dan di kawasan Tambun khususnya.
 
Sesi penghargaan tersebut diadakan sejurus selesai program Himpunan Muslimat iaitu program bulanan bagi Muslimat PAS Tambun yang turut dihadiri oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Tambun, Ustaz Rusdi Saad selaku penceramah jemputan. – HARAKAHDAILY 20/8/2019
IMG 20190820 WA0023
- Advertisement -