Bowling erat perpaduan ummah Muslimah Bangi

- Advertisement -

BANGI: Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi memekarkan lagi agenda perpaduan ummah apabila buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Bowling Wanita Islam di Ampang Superbowl, Bangi Gateway, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Anjuran julung kali bersama Wanita ISMA, Wanita BERJASA dan Puteri Umno itu ternyata meriah dengan penyertaan seramai 112 pemain mewakili 28 kumpulan termasuk penyertaan dari surau, taman perumahan serta individu berkumpulan.

Juara keseluruhan telah dirangkul oleh Muslimat PAS yang diwakili oleh anggota Muslimat Muda, Ameerah dengan pencapaian 1,180 jatuhan pin dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Naib juara pula dengan kejayaan 1,178 jatuhan pin dimenangi oleh kumpulan Husnuzon yang juga pulang membawa hadiah wang tunai RM300, manakala tempat ketiga diraih oleh kumpulan PowerPuff Girlz yang memperolehi hadiah wang tunai RM150.

Ketua Muslimat PAS Bangi, Hamsatul Hamzah dalam ucapan penutupnya berkata, program anjuran bersama ini menjadi titik permulaan bagi aktiviti kemasyarakatan dan rekreasi demi perpaduan ummah di kalangan wanita Islam di dalam Parlimen Bangi.

Turut hadir menyaksikan kejohanan ini ialah Ketua Wanita ISMA, Ustazah Kauthar Jamalludin dan Timbalan Wanita Umno Bahagian Bangi, Shariah Sarijo dan Setiausaha BERJASA, Siti Aishyah  Sulaiman. –HARAKAHDAILY 20/8/2019

IMG 20190820 WA0020

- Advertisement -