Kesedaran rakyat jaga kebersihan meningkat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tahap kesedaran rakyat bagi meningkatkan kebersihan semakin meningkat di Kelantan sekarang, kata anggota Exco Dr Izani Husin.

- Advertisement -

Beliau berkata, fenomena sekarang di mana orang ramai bercakap mengenai kebersihan selepas kempen secara giat dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum lepas.

Bagaimanapun katanya usaha itu boleh dipertingkat lagi di sesetengah kawasan memandangkan kesedaran rakyat di situ belum meluas.

“Kita berusaha meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Tahun hadapan kita akan menambah infrastruktur seperti tong sampah dan lori.

“Kempen secara berterusan diharap dapat melahirkan Kelantan bersih dan ceria,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri di ruang promosi Pasar Besar Siti Khadijah di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin; Pengarah Dasar Perancangan Strategik dan Standard Codex Kementerian Kesihatan Malaysia Ahmad Nadzri Sulaiman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya (MPKB-BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.– HARAKAHDAILY 29/7/2019

- Advertisement -