GPS jauh lebih baik daripada DAP

- Advertisement -
ANTARA perubahan besar yang dinantikan oleh rakyat Sarawak selepas PRU14 adalah pemulangan 20 peratus royalti gas dan minyak. Namun ianya gagal diberikan oleh Kerajaan PH. Lebih malang, tiada satu pun Menteri PH dari Sarawak menyuarakan serta menuntut hasil yang diperlukan untuk pembangunan negeri ini.
 
Lebih malang, janji manifesto hanya tinggal janji. DAP yang terkenal dengan suara lantang juga telah kecut perut apabila berhadapan dengan Perdana Menteri Tun Mahathir. Sehingga kini, tiada satu pun berita baik atau projek manfaat rakyat yang menguntungkan rakyat Sarawak.
 
Pemimpin seperti Chong Chieng Jen sememangnya suka memainkan sentimen rasis kebencian yang juga menunjukan sikap sebenar partinya. Kerana ketandusan isu untuk diperjuangkan, dia sanggup mengadu domba kerjasama PAS-Umno untuk kepentingan politik mereka.
 
Rakyat Sarawak usah tertipu dengan Chong, kerjasama PAS-Umno tidak akan wujud di Sarawak kerana ‘basis’nya tiada kewujudan Umno di Sarawak. Sarawak seharusnya bimbang kerana semakin lama PH berkuasa lebih teruk nasib rakyat Sarawak tidak terbela. Dahulu DAP mempunyai projek ‘Impian Sarawak’, kini sudah menjadi kerajaan namun rakyat di pedalaman Sarawak sudah tidak lagi diperduli.
 
Untuk rekod, banyak projek yang sepatutnya dibawah peruntukan kerajaan pusat telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak seperti jambatan-jambatan yang menghubungkan antara bandar di Sarawak. Kerajaan Pusat melalui Menteri Kewangan yang juga dari DAP juga tidak bersetuju pelaksanaan cukai jualan barangan petroleum 5 peratus. Cukai tersebut perlu untuk kepentingan rakyat Sarawak.
 
Saya menyeru supaya DAP berhenti memainkan peranan sebagai batu api perkauman yang memecahbelahkan kerukunan antara kaum dan agama di Sarawak. Rakyat Sarawak sebenarnya sedar DAP hanya bertumpu untuk membantu masyarakat Cina sahaja dan tidak memerlukan bangsa asal di Sarawak.
 
ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan
PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 29/7/2019
- Advertisement -