Keluarga mangsa tangga runtuh terima pencen penakat

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Mangsa yang maut pada kejadian tangga runtuh dan renjatan elektrik dua hari lalu mendapat Pencen Panakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan.

- Advertisement -

Pencen Panakat itu disampaikan Timbalan Pengarah Perkeso Negeri, Wan Izani Wan Isa di kediaman ibubapa arwah Wan Hasheliza, Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, di Kampung Sepulau Pasir Puteh hari ini.

Sumbangan berkenaan diurus Skuad Perkeso Prihatin Kelantan yang akan diperolehi keluarga berkenaan sejumlah RM712 sebulan sepanjang hayat mereka.

Menurut Wan Izani, begitu juga kedua ibubapa arwah Shahril Apipie Mokhtar, 29, turut menerima pencen panakat serupa daripada Perkeso sebanyak RM716.38 sebulan.

“Kedua keluarga terbabit turut menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 yang telah dimasukkan ke dalam akaun kedua ibubapa mangsa,” ujarnya di sini.

Ahad lepas pasangan suami isteri terbabit maut selepas tangga kediaman mereka runtuh sebelum terkena renjatan elektrik.

Kejadian berlaku apabila tangga separa siap rumah teres dua tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh runtuh.

Turut terkorban jiran yang cuba menyelamatkan mereka, Mohd Radezi Abdul Aziz, 35 dan Bambang Sulisto, 39. – HARAKAHDAILY 23/7/2019

- Advertisement -