PAS Dun Tg Lumpur sasar 800 penerima tahun ini

KUANTAN: PAS Dun Tanjung Lumpur terus berusaha menceriakan sambutan Syawal terutamanya anak-anak yatim dan fakir miskin dengan mengadakan sumbangan pakaian raya.
 
Setiap tahun, disediakan baucer RM100 untuk dibelanjakan kepada 600 penerima dengan dibawa mereka ke gedung pakaian untuk memilih sendiri berdasarkan peruntukan yang disediakan.
 
Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar sendiri turun setiap hari selama lebih seminggu membantu memilih dan menyantuni para penerima di gedung pakaian yang dikunjungi.
 
Begitu juga sepanjang minggu ini dan sehingga 3 Jun nanti, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang telah dan akan menghabiskan waktunya bagi aktiviti tahunan ini.
 
Pun begitu, bagi tahun ini pihak Sekretariat Adun Tanjung Lumpur berharap dapat memberikan kepada lebih ramai penerima yang disasarkan sekurang-kurangnya 800 anak yatim dan fakir miskin.
 
Para dermawan yang berhasrat untuk turut sama menjayakan jariah ini boleh berbuat demikian menerusi sumbangan ke akaun Maybank  5562  2640  2359 atas nama Dana Kebajikan Rakyat Dun Tanjung Lumpur. – HARAKAHDAILY 29/5/2019
IMG 20190527 WA0056