Warga klinik terima kuih Ameerah Tasek Gelugor

- Advertisement -
TASEK GELUGOR: Ameerah Kawasan Tasek Gelugor telah mengedarkan kuih raya sempena menjelangnya Aidil Fitri dengan menyantuni kakitangan Klinik Sungai Dua, di sini hari ini.
 
Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan daripada Ameerah yang merupakan Muslimat Muda PAS kepada warga kesihatan terbabit atas perkhidmatan dan bakti mereka selama ini.
 
Pada kunjungan tersebut, Ketua Ameerah Tasek Gelugor, Siti Asma Jamaluden memimpin delegasinya menyerahkan sebekas kuih raya kepada lebih kurang 100 kaki tangan di situ.
 
Turut menerima pemberian sama adalah kakitangan Klinik Pergigian Sungai Dua di mana semua warga kesihatan tersebut telah menjadi sebahagian masyarakat setempat di sini.
 
Dengan kunjungan dan pemberian itu juga telah mengeratkan lagi agenda memasyarakatkan PAS selain menyemarakkan lagi Ramadan dengan amalan silaturahim dan bersedekah. – HARAKAHDAILY 29/5/2019
- Advertisement -