Muslimat Sarawak beri bantu keluarga mualaf daif

KOTA SAMARAHAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Sarawak tampil memberi bantuan kepada keluarga daif, Norain Abdullah di Kampung Tanjung Bako, di sini semalam.
 
Beliau bersama suami dan empat anak mereka kini terpaksa hidup bergantung lampu suluh tanpa bekalan elektrik di mana menyukarkan anak-anaknya belajar di kediaman yang telah dihuni sejak 15 tahun lalu. 
 
Lebih membimbangkan, lantai rumah atas sungai itu berlubang yang merisikokan keselamatan terhadap keluarga wanita mualaf ini tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak membantu.
 
Sehubungan itu, Muslimat PAS Sarawak berusaha membantu dengan sedikit sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada keluarga yang juga memiliki anak Orang Kelainan Upaya (OKU) ini.
 
Anaknya mereka, Norhisyamudin Fakhrullah Mohd Norman mengalami masalah pembelajaran dan pernah menjalani pembedahan telinga sewaktu berusia 5 tahun di mana kini sukar bertutur dan tumbesaran juga lambat.
 
Naib Ketua Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang berharap pihak berwajib dan para dermawan dapat membantu keluarga ini dengan berhubung langsung kepada Norain di talian 019-844 6387. – HARAKAHDAILY 29/5/2019
IMG 20190529 WA0054