Penghulu turut terima bonus raya

KOTA BHARU: Kakitangan lantikan politik turut menerima bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lagi.

Advertisement

Baru-baru ini seramai 6,600 kakitangan awam negeri memperolehi bonus raya sebanyak RM500, manakala kakitangan lantikan politik turut diumum mendapat bonus sebanyak RM250 seorang.

Mereka termasuk penghulu, Pegawai Halaqat, Penyelaras Pembangunan Armalah Dun, Penyelaras Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU), Penyelaras ICT Dun Negeri serta guru-guru al Quran dan fardhu ain.

Di Kelantan terdapat seramai 821 penghulu, pegawai dan pembantu pegawai Halaqat seramai 540 orang, guru al Quran dan farhu ain (2,700 orang).

Manakala Penyelaras Armalah Dun dan Penyelaras ICT Dun pula 90 orang.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pemberian bonus itu dibuat pada mesyuarat Exco baru-baru ini.

“Elaun khas atau pun bantuan raya akan disalurkan kepada semua yang berkenaan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – HARAKAHDAILY 27/5/2019