Iftar jamaie dekatkan pimpinan dan ahli Cawangan

LUMUT: Pimpinan PAS Kawasan Lumut telah bersama meraikan majlis iftar jamaie PAS Cawangan Lumut yang diadakan dengan kerjasama PASTI Al-Ilmi 1 di premis PASTI ini, Seri Manjung, kelmarin.

Advertisement

Mereka ialah Timbalan dan Naib Yang DiPertua, Zainal Abidin Saad dan Mohamad Che Ghani, serta Setiausaha, Hamidun Ahmd dan Ketua Penerangan, Awis Kharni Hussain.

Majlis bermula dengan tahlil dan doa selamat dipimpin Mohamad yang juga Ketua PAS Lumut diikuti pengisian motivasi untuk terus istiqamah beribadah sehingga bertemu lailatul qadar.

Beliau menyingkap kelebihan malam tersebut yang menyamai amalan selama 83 tahun, selain menyeru istiqamah membaca al-Quran walaupun setelah Ramadan berakhir nanti.

Meraikan para guru PASTI pada majlis tersebut, Zainal Abidin telah menyampaikan sumbangan duit raya sebagai persediaan mereka menyambut Syawal nanti.

Iftar jamaie itu merai seluruh hadirin dengan hidangan istimewa kari kepala ikan selaku menu utama. – HARAKAHDAILY 25/5/2019