PAS Bkt Gantang tidak mahu anak yatim dilupakan

- Advertisement -
BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah meraikan 30 anak-anak yatim berbuka puasa bersama di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh, di sini kelmarin.
 
Program ini merupakan satu usaha menunaikan tuntutan agama supaya menjaga hal ehwal anak yatim selain menyemarakkan lagi keberkatan ibadah sempena bulan Ramadan.
 
Menerusi majlis ini juga dapat mengalirkan kasih sayang kepada golongan ini di mana sememangnya menjadi satu bahagian yang hilang dalam kehidupan para anak yatim.
 
Menurut Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman, pihaknya mahu berkongsi lebihan nikmat dan rasa syukur dengan menggembirakan anak-anak yatim.
 
“Kita mahu golongan ini tahu bahawa mereka tidak pernah dilupakan, malah diambil berat terhadap hal ehwal kebajikan mereka,” ujarnya.
 
Majlis diisi dengan tazkirah dari Ketua Urusan Ulamak PAS Bukit Gantang, Ustaz Ahmad Fariz Jalaluddin dan pemberian duit raya oleh Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Rahim Ismail.
 
Turut dihargai pada majlis tersebut adalah Pengerusi Persatuan Anak-anak Yatim Nur Hidayah, Mohd Yussairie Mohd Saad. – HARAKAHDAILY 25/5/2019
IMG 20190525 WA0052
- Advertisement -