Iftar erat ikatan Ameerah – Puteri Puchong

PUCHONG: Ameerah dan Puteri Umno bagi Parlimen Puchong mengeratkan hubungan kedua-dua entiti PAS dan Umno itu apabila mengadakan iftar bersama di Restoren Dapur Equine, Seri Kembangan, di sini semalam.
 
Pada majlis tersebut, Ketua Ameerah Puchong, Fatin Nurlyana Abd Rahman bersama anggota jawatankuasanya hadir memenuhi undangan daripada Ketua Puteri Umno Puchong, Norazirah Yahya dan jawatankuasa beliau.
 
Majlis yang memenuhi tuntutan ibadah ini turut menjadi medan bagi kedua pihak untuk mengeratkan hubungan silaturahim telah terjalin disamping saling bersuai kenal antara anggota jawatankuasa.
 
Dalam kesempatan pertemuan tersebut, kedua pihak turut berbincang perkara-perkara melibatkan urus tadbir unit yang terdapat dalam struktur organisasi kedua entiti itu dalam menggerakkan peranan mereka.
 
Fatin Nurlyana dalam pengharapannya mahu hubungan tersebut bertambah kukuh dan silaturahim yang terjalin bertambah erat hingga menatijahkan kerjasama untuk aktiviti akan datang. – HARAKAHDAILY 19/5/2019