PAS Bakri anjur bengkel rekabentuk grafik

- Advertisement -
BAKRI: PAS Kawasan Bakri telah menganjurkan Bengkel Asas Photoshop yang dilangsungkan di Pejabat Dewan Pemuda PAS Bakri, di sini hari ini.
 
Bengkel dibawah kendalian Lajnah Teknologi Maklumat, Media Baru dan Penerangan itu telah disertai 13 peserta dari Dewan dan PAS Cawangan.
 
Pembentangan telah disampaikan Pereka Grafik, Siti Fatimah Zuber@Zubir yang menerapkan kepada peserta peranan dan teknik menghasilkan grafik.
 
Menurutnya, menerusi kemahiran tersebut juga membolehkan para peserta menyebar kebaikan dalam masyarakat melalui media yang ada hari ini.
 
Turut menyampaikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman adalah Ketua Muslimat PAS Bakri, Ustazah Normala Ali agar hasil grafik menjadi bahan dakwah.
 
Majlis penutup telah disempurnakan Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut yang menyampaikan cenderahati kepada Fatimah.
 
Para peserta yang mengikuti bengkel sehari itu turut memberi maklum balas positif dan sedia memanfaatkan ilmu untuk menggiatkan dakwah. – HARAKAHDAILY 19/5/2019
IMG 20190519 WA0111
- Advertisement -