Maszlee tidak perlu tunduk desakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhammad Ikhwan Nashriq memohon Menteri Pendidikan, Maszlee Malik agar tegas dan tidak tunduk kepada desakan lain dalam menjalankan tugas beliau.

- Advertisement -

Muhammad Ikhwan dalam ucapan beliau merujuk desakan tersebut merupakan desakan dari salah satu parti komponen PH, iaitu DAP.

Sementara itu, beliau dalam ucapan sama turut mempersoalkan janji-janji yang ditabur kerajaan hari ini sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beliau turut meminta pihak bertanggungjawab mengambil berat hal-hal kebajikan mahasiswa yang dilihat terabai serta mempunyai masa depan yang samar.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan di hadapan kira-kira 2,000 peserta dalam Himpunan Mempertahan Kedaulatan Islam, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah gabungan 300 badan bukan kerajaan (NGO) diadakan susulan ketidakselesaan umat Islam terhadap beberapa polisi yang diperkenalkan kerajaan yang telah menyentuh hak-hak keistimewaa orang Melayu dan Islam. – HARAKAHDAILY 4/5/2019

him5

- Advertisement -