‘Kita bersatu tuntut keadilan untuk Adib’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seolah-olah ada ‘cover-up’ usaha untuk menutup punca kematian ahli bomba, Allahyarham Mohd Adib Mohd Kassim.

- Advertisement -

Menurut peguam yang mewakili kes allahyarham Adib, Zubir Embong berkata ada dua versi yang membahaskan mengenai punca kematian Adib.

“Dalam mahkamah ada dua versi, versi pertama, Adib mati akibat terlibat kemalangan dan versi kedua Adib mati kerana dipukul. Ia sebagaimana yang dilaporkan di dada akhbar,” kata Zubir.

Beliau berucap di hadapan lebih dua ribu peserta yang hadir pada Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di tengah ibu kota hari ini, walau bagaimanapun berkata kes Adib mash dalam perbicaraan dan tidak boleh mendahului mahkamah.

Beliau menyeru rakyat bersatu menuntut keadilan buat Allahyarham Adib.

“Kita bersatu tuntut keadilan untuk Adib. Bayangkan anggota bomba yang turun ke lokasi kejadian melaksanakan tugas terlibat dalam kejadian seumpama itu,” katanya.

Sementara itu, keadaan cuaca semakin mendung peserta dilihat masih belum berganjak dari lokasi himpunan malah lebih bersemangat.

Tiga parti turut hadir himpunan ini, parti PAS, Umno dan Ikatan selain kehadiran para peserta dari 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang merupakan penganjur himpunan hari ini. – HARAKAHDAILY 4/5/2019

him6

- Advertisement -