Projek ECRL bantu usahawan tempatan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dipersetujui semula kerajaan Persekutuan disambut baik pelbagai pihak.

- Advertisement -

Mohd Ali Amin Ab LatifYang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan Mohd Ali Amin Ab Latif berkata, pihaknya menyambut keputusan kerajaan Persekutuan itu.

Katanya, kemudahan infrsutruktur mencukupi boleh membantu usahawan menjadi lebih berdaya saing.

“Usahawan dapat menghantar barang lebih cepat ke destinasi menggunakan ECRL yang lebih cepat dan efisyen.

“Kita melihat ia merupakan satu peluang atau anjakan kepada usahawan tempatan untuk melebarkan lagi perniagaan,” katanya di sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Cawangan Kelantan Nik Mohd Fahim Muhaimi berharap ECRL yang melibatkan stesen di Tok Bali boleh dimanfaatkan usahawan di kawasan tersebut. – HARAKAHDAILY 18/4/2019

- Advertisement -