Ma’arib ‘sara’ lebih 3 juta migran perang Yaman

- Advertisement -

MA’ARIB, Yaman: Delegasi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) tiba di bandar yang terkenal dengan sejarah Empangan Ma’arib dan Kerajaan Saba’ pimpinan Ratu Balqis ini jam 12:30 malam semalam waktu tempatan.

- Advertisement -

Ketibaan itu setelah menempuh perjalanan darat sejauh lebih 1,500 kilometer meliputi kebanyakan kawasan gurun padang pasir dengan muka bumi pelbagai dan sebelumnya dua penerbangan antarabangsa dan domestik.

Semalam, delegasi telah dibawa ke Pejabat Jamiyat Al-Islah Al-Ijtimaie Al-Khairiah (CSSW) Cawangan Ma’arib disambut Pengarah Unit Bantuan CSSW, Mohammed Ahmed Al-Mazab mendengar taklimat disampaikan.

Disebalik latarbelakang panjang diceritakannya mengenai konflik perang Yaman, kini sejumlah 3 juta penduduknya menjadi migran di mana hampir semua mereka adalah golongan fakir miskin, balu dan anak yatim yang kem menghuni kem di sini.

Mereka kebanyakannya merupakan penduduk asal di wilayah-wilayah Utara negara ini seperti Sa’adah, Amran, Hajjah, Al-Mawhit dan Sana’a, sementara tidak sedikit yang berkeluarga tinggal di kampung-kampung dalam wilayah Ma’arib.

Manakala berjuta lagi menjadi pelarian perang di seluruh dunia sama ada kerana tidak pulang sejak perang terjadi atau berjaya lari dan masuk secara haram kerana hampir semua negara enggan menerima kemasukan rakyat Yaman kecuali Malaysia.

Bagi penduduk yang agak berada dan memiliki kemampuan kewangan pula, mereka dikatakan bermigrasi serta mendiami di bandar-bandar di wilayah lebih jauh dan selesa iaitu antara menjadi tumpuan adalah di Tarim dan Seiyun serta Hadramawt.

Menurut beliau juga, penguasaan tentera Houthi di Sana’a yang merupakan Ibu Negara dan pusat pentadbiran utama Yaman telah menyebabkan perkara asas rakyat seperti pendidikan dan kesihatan hampir lumpuh.

Hidup para migran di kem juga penuh dengan kekurangan berikutan bekalan makanan dan perubatan serta bantuan kewangan untuk pendidikan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hanya sampai sedikit kerana diambil pihak tengah.

Setelah taklimat tersebut, Mohammed Ahmed dan kakitangan beliau turut membawa delegasi singgah melawat tapak sejarah Istana Ratu Balqis dan Empangan Ma’arib yang baharu bersebelahan empangan lama tidak jauh dari situ. – HARAKAHDAILY 5/3/2019   

IMG 20190305 WA0005

IMG 20190305 WA0006 

IMG 20190305 WA0007

IMG 20190305 WA0008  

IMG 20190305 WA0009

IMG 20190305 WA0010 

IMG 20190305 WA0011

IMG 20190305 WA0013

IMG 20190305 WA0014 

IMG 20190305 WA0015

- Advertisement -