PASRelief sedia jadi OSC misi bantu Yaman

- Advertisement -

MA’ARIB, Yaman: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) sedia bertindak selaku penyelaras atau ‘One Stop Center’ (OSC) untuk misi-misi atau usaha pelbagai pihak bagi membantu para migran perang di negara ini.

- Advertisement -

Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peranan itu kerana menyedari kesukaran pelbagai pihak terutama NGO antarabangsa untuk masuk menempuhi cabaran birokrasi dan muka bumi negara ini.

Menurutnya, selain bantuan berupa makanan berterusan dan mencukupi, para migran perang juga memerlukan keperluan asas lain dan turut mendesak juga bagi mengadakan projek bekalan air dan pendidikan.

PASRelief telah mengagihkan pek bantuan makanan seberat 60 kilogram berupa beras, tepung, gula dan minyak masak untuk keperluan lebih 500 keluarga di tiga lokasi di luar kem dan satu kampung, di sini semalam.

Agihan ke khemah migran tidak dapat diadakan berikutan sumbangan kecil dibawa PASRelief itu memungkinkan timbulnya suasana perebutan antara mereka yang kini telah berjumlah 3 juta menghuni di dalam kem.

Semua mereka itu merupakan penduduk asal negara ini terutama datang dari wilayah-wilayah bergolak di Utara Yaman yang menjadi migran perang terdiri daripada golongan fakir miskin, balu dan anak yatim.

Sementara itu menurut Ketua Multaqa Pelajar Malaysia-Indonesia Nusantara (MUTHMAIN), Ustaz Hassan Husaini Abdul Rahim bantuan juga sukar masuk ke Yaman berikutan lapangan terbang di Sana’a telah ditawan pemberontak Houthi.

Oleh demikian, bantuan antarabangsa terpaksa masuk sama ada menerusi jalan darat dari Oman atau laut di Pelabuhan Eden atau udara menerusi lapangan terbang di Seiyun, namun penuh dengan pelbagai risiko.

Beliau menyifatkan segala perlakuan dan kekacauan yang sedang berlaku di Yaman serta dapat disaksikan di Ma’arib, juga ke atas rakyatnya membenarkan ungkapan pernah disebut Rasulullah S.A.W kepada Khabab bin al-‘Arat.

Orang ramai boleh terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 7061 2333 PASRelief atau 5640 7061 1352 Tabung Kemanusiaan Antarabangsa dan sebarang pertanyaan hubungi 012-596 9220 (Sanusi) atau 013-384 5555 (Mohd Adram Musa). – HARAKAHDAILY 5/3/2019  

IMG 20190305 WA0037 

IMG 20190305 WA0038  

IMG 20190305 WA0039

IMG 20190305 WA0040 

IMG 20190305 WA0041

IMG 20190305 WA0042

IMG 20190305 WA0043 

IMG 20190305 WA0044

IMG 20190305 WA0045  

IMG 20190305 WA0046 

IMG 20190305 WA0048

IMG 20190305 WA0049

IMG 20190305 WA0051

IMG 20190305 WA0050

IMG 20190305 WA0052  

IMG 20190305 WA0053

IMG 20190305 WA0054

 

- Advertisement -