Dulu rempit dan rock, kini bersama ulamak

- Advertisement -

LUMUT: Penglibatan bersama Jamaah Islam PAS telah mengubah diri seorang kaki lumba motor yang juga ‘Mat Rock’ menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga hal ehwal ibadah.

- Advertisement -

Demikian ‘pengalaman’ pernah dilalui Ridzuan Shafie yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Pemuda Istiqamah sempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut Kali Ke-32.

Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Lumut dan penyertaan aktifnya bersama PAS telah banyak mengubah pandangan dirinya mengenai parti dan Jamaah Islam ini.

“Saya amat bersyukur berada dalam Jamaah Islam ini kerana solat fardu terjaga dan dapat mengambil pengajaran hasil dari usrah yang dihadiri,” ujarnya pada MAT yang berlangsung di SRITI At-Taqwa, di sini semalam.

Beliau yang diberi kesempatan berucap pada sesi penggulungan turut berharap agar saf kepimpinan baharu dapat memainkan peranan menarik anak-anak muda untuk bersama PAS. – HARAKAHDAILY 4/3/2019

- Advertisement -