Langkah besar sokong PM demi Islam-Melayu

- Advertisement -

TELUK INTAN: Sokongan PAS kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan suatu perkara besar demi mengukuhkan agenda orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

- Advertisement -

Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman berkata, PAS yang menyertai politik sentiasa meletakkan kepentingan Islam dan orang Melayu supaya terus terjamin.

Katanya, dengan sebab itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengorak langkah ke hadapan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada minggu lalu.

”Pertemuan dengan Perdana Menteri bukan perkara kecil pada pandangan parti,” jelasnya ketika sesi soal jawab majlis Liqa’ Fiqri bulanan PAS Kawasan Teluk Intan di Dewan KOMPASTI, di sini malam tadi.

Menurutnya, PAS menyatakan kesediaan menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sehingga PRU15 dan tiada kaitan dengan PRK Semenyih yang sebelum ini menjadi polemik kerana salah tafsir PM mengenai sokongan PAS.

Bagaimanapun Tuan Guru jelas Syahir, agak gembira kerana Tun Dr Mahathir telah membuat kenyataan seterusnya yang mengulas kerjasama PAS dalam PRK Semenyih dan Cameron Highland berbeza kerana tidak ditandingi calon dari DAP.

Kenyataan itu terang beliau, selaras dengan pendirian PAS menerusi contoh surat perakuan kepada PM, sekali gus isu tersebut reda dan PAS mudah menangkis salah tafsir dan tohmahan berhubung sokongan itu. – HARAKAHDAILY 21/2/2019

- Advertisement -