PAS tidak letak calon PRK Semenyih

taki3
- Advertisement -

MESYUARAT Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 16 Januari 2019 membuat keputusan tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun N.24 Semenyih, Selangor, pada tarikh yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Advertisement -

Dengan keputusan ini maka PAS akan memberikan laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan Nasional yang memperolehi sokongan undi yang lebih besar dalam PRU14 yang lalu.

PAS mengharapkan pilihan raya kecil ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang, terutama dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dengan itu maka proses semak dan imbang (check and balance) yang dimainkan oleh pembangkang yang konstruktif akan memberikan kebaikan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya.

Selaras dengan itu, PAS akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu pihak pembangkang dalam menghadapi PRK ini.

PAS juga akan menyeru dan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan ini supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang nanti.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 17 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 17/1/2019

- Advertisement -