TH: Ambil tindakan, jangan cakap banyak

- Advertisement -

SIASAT segera Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

- Advertisement -

Ambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamatkan institusi kewangan umat Islam yang terbesar.

Menteri tidak perlulah bicara di mahkamah media, kuasa sudah ada janganlah masih macam pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Kebajikan pendeposit mesti diutamakan.

Jangan pula menjadi alasan untuk tidak memberi hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) pada tahun ini.

Kenapa perlu TH diletak di bawah Bank Negara, sedangkan penubuhan TH di bawah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Aziz bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tahun 1959.

Saya bimbang TH diletakkan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) terkeluar daripada matlamat penubuhannya.

Masihkah jamaah haji mampu mendapat subsidi apabila diletak di bawah BNM?

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
11 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 11/12/2018

- Advertisement -