Makin ramai pelajar mohon masuki Mada

- Advertisement -

KOTA BHARU: Semakin ramai pelajar memohon untuk belajar di Maahad Darul Anwar Pulau Melaka (Mada) selepas pengurusan sekolah itu diserah kepada Yayasan Islam Kelantan (Yik).

- Advertisement -

Wakil Keluarga Besar Nikmatillah Nik Din Nik Mat berkata, pengambilan pelajar baru tingkatan satu 2019 semakin bertambah sekarang.

Bagaimanapun katanya suasana menjadi lebih harmoni sekiranya semua pihak memberi kerjasama.

“Sekiranya pihak pengurusan Mada bersatu permohonan pelajar baharu sesi pengajian akan bakal bermula 1 Januari 2019 tentunya lebih lancar,” katanya di sini.

Keluarga Besar Nikmatillah sebelum ini menyerah pengurusan Mada kepada Yik bagi memulihkan sekolah itu selepas kurang sambutan di bawah pentadbiran Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Nik Omar yang juga bekas calon Parti Amanah Negara (PAN) Dun Chempaka bagaimana mendakwa pihaknya tidak pernah menyerah Mada kepada Yik.

Adik Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohd Nasim berkata, Keluarga Besar Nikmatillah membantu Yik mendaftar pelajar baru dengan mendirikan khemah di hadapan Mada. – HARAKAHDAILY 11/12/2018

- Advertisement -