GENERASI akan gegar isu Felda di parlimen

RoslanME
- Advertisement -

WALAUPUN lebih 7 bulan Kerajaan PH menerajui negara dengan kononnya mahu melaksana agenda perubahan, namun warga Felda terus-menerus dihimpit kedukaan apatah lagi harga sawit dan getah turun mendadak.

- Advertisement -

Kehidupan mereka bukan lagi kais pagi makan pagi, sebaliknya apa yang mereka usahakan tidak langsung setimpal dengan keringat dan pengorbanan.

3Adapun janji PH sebelum pilihan raya mahu menyelesaikan kemelut yang dihadapi warga Felda hanya tinggal janji, peneroka merempat dibumi sendiri.

Pengurusan Felda di peringkat tertinggi termasuk menteri dan timbalan yang menjaga hal ehwalnya dilihat “kaku” dengan semua yang berlaku depan mata, malah hanya diam membisu.

Sehubungan dengan itu, Kami di pihak NGO Generasi Warisan Kebangsaan telah membincangkan pelbagai idea dan saranan untuk dibawa ke peringkat menteri dan pengurusan Felda.

Satu majlis penyerahan memorandum kepada menteri dan pihak Felda akan diadakan Selasa ini bersamaan 11 Disember di Parlimen pada jam 11.30 pagi. Penyerahan ini akan turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kami amat mengharapkan memorandum ini nanti sedikit sebanyak boleh menjadi salah satu solusi bertindak kepada Felda dalam menyelesaikan kemelut warga Felda. Jangan biar mereka merempat di bumi sendiri.

Memangkin Impian Generasi

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO GENERASI
9 Disember 2018 – HARAAHDAILY 9/12/2018

- Advertisement -