SPRM tahan Zahid, dibawa ke mahkamah esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

- Advertisement -

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang ini di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Kenyataan itu menambah, bekas Timbalan Perdana Menteri akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut,” ujar kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 18/10/2018

- Advertisement -