PAS minta pengundi keluar awal

- Advertisement -

PORT DICKSON: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyeru kepada semua pengundi untuk turun awal melaksanakan tanggungjawab mengundi.

- Advertisement -

“Pagi ini cuaca sangat baik, diharap semua pengundi turun awal bimbang petang akan hujan.

“Pengundi diharap dapat memberi undi kepada calon PAS kerana beliau (Nazari) bersih daripada sebarang kesalahan undang-undang.

“Beliau seorang calon yang berwibawa dan mempunyai akhlak yang baik sesuai untuk menjadi wakil rakyat kepada rakyat Port Dickson,” kata ketika mengiringi calon PAS, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas.

Menurutnya, Nazari akan menjadi suara kepada rakyat Port Dickson untuk menjaga kebajikan dan memaksa kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk memenuhi hak rakyat di sini.

Beliau turut beramah mesra dengan penyokong PAS yang hadir dari Negeri Kelantan dan Melaka yang turun untuk memberi sokongan di situ. – HARAKAHDAILY 13/10/2018

- Advertisement -