Tiada Oktoberfest di Kuala Terengganu

- Advertisement -

SAYA ingin menegaskan bahawa apa yang tular di media sosial kononnya Oktoberfest akan diadakan pada bulan Oktober ini di Kuala Terengganu adalah tidak benar.

- Advertisement -

Kerajaan negeri melalui wakilnya telah berkunjung ke premis yang dimaksudkan itu bagi mendapat penjelasan.

Hasil dari kunjungan tersebut didapati bahawa premis yang dinyatakan itu sememangnya telah memiliki lesen untuk menjual minuman keras dan pemiliknya mengesahkan bahawa tiada sebarang sambutan Oktoberfest di premis miliknya.

Sehingga kini kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan untuk tujuan penganjuran Oktoberfest di negeri ini.

Kerajaan negeri akan sentiasa memantau dari masa ke semasa bagi memastikan tiada penganjuran program tersebut.

“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

YB Ustaz Ariffin Deraman
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat.
11 Oktober 2018/2 Safar 1440 – HARAKAHDAILY 11/10/2018

- Advertisement -