Calon PAS optimis dapat undi ahli Umno

- Advertisement -

SHAH ALAM: Calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar optimis undi daripada ahli Umno akan diberikan kepada PAS.

- Advertisement -

Katanya, keputusan Umno untuk tidak meletakkan calon di PRK Parlimen Port Dickson menyebabkan undi ahli Umno akan memihak kepada calon PAS.

“Saya telah pergi ke semua cawangan Umno di Port Dickson, saya belum melihat satu pun penolakan terhadap saya. Walaupun pada awalnya ada percanggahan pendapat tetapi akhirnya ia diterima baik.

“Secara jelas saya boleh katakan majoriti pengundi Umno akan diberikan kepada PAS.

Tambah beliau lagi, PH mungkin hanya memperoleh undi dari kalangan belia yang bujang sahaja.

“Dan bagi mereka yang telah berkahwin mereka dapat merasai kesempitan hidup di bawah kerajaan baharu ini,” tegasnya.

Beliau tidak menafikan lawannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan orang yang berpengaruh dalam politik.

“Namun perlu ingat sekarang kita bertanding di atas tanah yang rata dan medan yang sama. Anwar tiada kekuatan kalau tiada sokongan kerajaan,” ujarnya dalam Wacana Siri ke-72, Port Dickson Pasca PRK: Apa Harapan Rakyat di sini.

Turut serta calon Bebas, Lau Seck Yan, Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir serta pensyarah kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaysia, Dr. Muhammad Asri Mohd Ali. – HARAKAHDAILY 11/10/2018

- Advertisement -