Berebut kuasa dalam PH

- Advertisement -

SEMALAM Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh mendakwa Tun Dr Mahathir tidak menghormati partinya kerana beberapa nama dalam senarai yang dikemukakan DAP tidak naik sebagai Menteri Kabinet.

- Advertisement -

Nama seperti Nga Kor Ming yang dijaja Kit Siang akan menjadi Menteri semasa PRU dahulu tidak dipertimbangkan. Begitu juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen hanya sekadar Timbalan Menteri.

Kabinet Tun kata Wong tidak mencerminkan perwakilan besar DAP dalam kerajaan. Hari ini di Perak lain pula.

DAP pula main kasar sehingga memaksa calon PKR untuk jawatan Speaker Dun Perak Siti Aishah Shaik Ismail tarik diri kerana memberi laluan pada sepupu Nga iaitu Ngeh Koo Ham untuk menjadi Speaker.

PAN khabarnya turut bersekongkol dengan DAP untuk memaksa PKR dan MB terima Ngeh. DAP sudah punya 5 wakil dalam Exco Perak dan kini rebut Speaker pula.

Demikianlah rebut-merebut, cantas-mencantas dalam PH kerana mabuk kuasa. Saling tak tumpah kacam yang lepas juga rupanya. – HARAKAHDAILY 3/7/2018

- Advertisement -