Gubal segera Akta Kawalan Dana Politik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sudah sampai masanya Kerajaan menggubal Akta Kawalan Dana Politik bagi mengawal sumber kewangan yang disalurkan kepada semua parti politik di negara ini.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, saranan PAS sebelum ini tidak dihiraukan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, PAS sekali lagi berharap penggubalan akta tersebut dapat dilaksanakan.

“Hanya di Malaysia sahaja tiada kuasa yang mengawal dana yang keluar dan masuk ke dalam akaun mana-mana parti politik, oleh itu Kerajaan mesti ada satu akta yang mengawal.

“Jika akta ini diadakan PAS amat mengalu-alukan kerana kita jelas sumber dari mana, kita bentang kepada RoS, tiada ada yang perlu selindung,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Raya Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Perdana Resort dekat hari ini.

Sekarang timbul polemik selepas beberapa organisasi termasuk akaun Umno dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penyelewengan 1MDB.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu bagi mengenalpasti sumber kewangan yang disalurkan kepada organisasi serta parti yang terbabit. – HARAKAHDAILY 3/7/2018

- Advertisement -