Tun M nak jatuhkan Najib, bukan tukar BN

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Mahathir tidak mahu menukar pemerintahan namun hanya sekadar ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib Razak.

- Advertisement -

“Langkah dia semata-mata nak menjatuhkan peribadi Perdana Menteri bukan nak mengubah sistem.

“Dengar baik ucapan dia, semata-mata menyerang peribadi Dato’ Seri Najib, nak turun Dato’ Seri Najib dari Perdana Menteri, bukan nak ubah pemerintahan,” ujar beliau dalam Program Bicara Santai Bersama Ayoh Chik dengan UAI di Taman Shahbandar di sini, petang tadi.

Katanya, masalah sekarang bukan bersifat individu namun ianya bersifat menyeluruh iaitu seluruh pemerintahan mesti diubah sistemnya.

“Masalah kita bukan masalah orang, masalah nak ubah pemerintahan negara kepada Islam, kepada yang lebih baik, bukan masalah orang,” kata beliau.

Beliau menambah Mahathir bergabung dengan DAP yang menentang pelaksanaan Islam dan juga bersama dengan puak Islam Liberal.

“Islam yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Orang Islam, mengaku Islam tapi kritik Islam ni banyak yang tak betul hukum Islam ini,” kata beliau menjelaskan sikap golongan Islam Liberal.

PAS nak ubah cara pemerintahan

Tambahnya, PAS memiliki dasar perjuangan dan bukannya mahu berebut kuasa semata-mata.

“PAS nak supaya kerajaan mengubah cara pemerintahan.

“Tok Guru Nik Aziz pun pernah kata kalau kerajaan ubah (ke) cara Islam sepenuhnya kita bubar PAS, Tok Guru Nik Aziz cakap begitu,” ujar beliau menghebahkan pendekatan yang dibawa oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu

Jelas beliau, PAS meletakkan pendekatan memerintah dengan Islam bukan hanya untuk berebut kuasa. – HARAKAHDAILY 5/5/2018

chik2

chik1

- Advertisement -