PAS Sik tambah Cawangan baharu, tingkat kekuatan

- Advertisement -
SIK: PAS Kawasan Sik berjaya melakar satu sejarah dengan penubuhan cawangan baru dalam Dun Belantik ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14, di sini semalam.
 
Cawangan yang berada di dalam UPU Gulau itu dinamakan Cawangan Charuk Senduk dan diketuai oleh Saidin Judin.
 
Majlis penyerahan borang keahlian seramai 43 pemohon itu telah diadakan dalam satu Majlis Ceramah Perdana PRU14 kepada calon PAS N.23 Belantik, Ustaz Md Isa Shafie.
 
Dengan penubuhan baru itu menjadikan jumlah keseluruhan cawangan yang berada di bawah PAS Kawasan Sik sebanyak 91 cawangan.
 
Ustaz Md Isa berkata, beliau sangat teruja akan penambahan cawangan baru ini kerana menunjukkan kekuatan PAS Kawasan Sik.
 
Perkembangan itu juga ujarnya, bukti sokongan orang ramai kepada PAS semakin meningkat dan berada di tahap yang meyakinkan dalam menghadapi PRU kali ini.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut seluruh kepimpinan PAS Kawasan Sik, MTD Belantik, UPU Gulau dan ketua cawangan sekitar. -HARAKAHDAILY 5/5/2018
- Advertisement -